BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CLICK THIS NUFFNANG!!! TQ~

Welcome To My Blog...

Dear bloggers and blogwalkers, nice to meet ya!

Sunday, September 5, 2010

Upin Ipin (BERITA HARIAN 05092010)

  Upin, Ipin 'duta' terbaik pulih hubungan serumpun 2010/09/05

Rancangan terbitan Malaysia diminati rakyat Indonesia

JAKARTA: Rancangan kanak-kanak Upin dan Ipin dilihat sebagai duta terbaik Malaysia di Indonesia ketika hubungan dua negara jiran itu tegang, lapor akhbar di sini semalam.

Upin & Ipin disiarkan Televisi Pendidikan Indonesia (TPI) pada sebelah pagi dan petang, tujuh hari seminggu dan pada saluran Disney Channel Asia.

Ia mengisahkan kembar Melayu berusia lima tahun perihal kawan, sikap toleransi dan gelagat mereka di tadika.

Rancangan itu menjuarai senarai program paling popular di Indonesia Januari lalu apabila menarik hampir 25 peratus penonton, menurut data agensi penarafan, Nielsen, kata Viny Felasiani, pegawai TPI.

Pada masa ini, ia di kedudukan kedua program TPI paling digemari tetapi nombor satu bagi rancangan pendidikan kanak-kanak.

Rancangan itu mula ditayangkan di Indonesia pada 2009 dan ia bukan hanya popular di kalangan kanak-kanak, malah dewasa.

Hanny Kamarga tidak pernah terlepas satu episod. Profesor berusia 54 tahun dari Universiti Pendidikan Indonesia Bandung itu berkata:

Saya fikir rancangan itu ada nilai moral yang tinggi. Kanak-kanak mudah belajar daripada cerita tanpa merasa mereka dileteri, katanya.

Beliau membandingkan rancangan itu dengan siri boneka kanak-kanak Indonesia, Unyil yang disiarkan pada 1981 hingga 1993 dan disiarkan di stesen tempatan
TVRI, rancangan itu berkisar kepada seorang pelajar tahun lima.

Saya juga suka Unyil, namun dia terlalu sempurna, terlalu baik. Upin dan Ipin sedikit nakal dan kelihatan lebih realistik kerana semua kanak-kanak memiliki kenakalan itu, kata Hanny.

Nuniek Sabriani, seorang lagi penonton dewasa menghargai asas moral cerita Upin dan Ipin selain tertarik dengan loghat Malaysia dibawa watak itu. Malah, kakak dan teman lelakinya, yang pada mulanya skeptikal, kini menjadi peminat.

Nuniek membandingkan kartun manga Jepun, Doraemon yang popular di Indonesia, dan berkata beliau tertarik bagaimana kembar itu dan teman mereka mengikut imaginasi mereka.

Upin dan Ipin tinggal bersama kakak mereka, Ros dan nenek, Opah di sebuah rumah kayu di Kampung Durian Runtuh, di pinggir Malaysia.

Setiap episod kaya dengan pengajaran moral mensasarkan untuk mendidik kanak-kanak mengenai tanggungjawab, jujur dan setia, lapor Jakarta Globe.

Siri itu dicetuskan pada 2007 oleh Les Copaque Productions dan kali pertama disiarkan di saluran TV9 sebagai enam episod khas sempena Ramadan untuk mengajar golongan kanak-kanak pentingnya bulan Islam. Agensi

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...