BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

CLICK THIS NUFFNANG!!! TQ~

Welcome To My Blog...

Dear bloggers and blogwalkers, nice to meet ya!

Saturday, September 25, 2010

Moore Derma RM192,000 Bina Masjid

2010/09/25

WASHINGTON: Pengarah filem Amerika Syarikat, Michael Moore mengumpul AS$60,000 (RM192,000) untuk pembinaan Park51, sebuah pusat budaya termasuk masjid yang mencetuskan kontroversi kerana terletak dekat lokasi serangan 11 September 2001 di New York.

Moore merayu penyokongnya pada ulang tahun ke-9 tragedi berkenaan untuk derma membina Park51 dengan berikrar untuk turut memberi sumbangan sama nilai jika ada yang menderma AS$10,000 (RM32,000).

Kurang 48 jam kemudian, sumbangan terkumpul daripada seluruh Amerika didapati lima kali ganda daripada nilai berkenaan.

“Ekonomi negara tidak begitu baik dan menyokong saudara Muslim kita bukanlah satu perkara popular sekarang. Saya rasa terharu dengan sumbangan anda dan semua orang di seluruh dunia tahu andalah yang mewakili Amerika, sesuatu yang jarang mereka saksikan,” kata Moore dalam blognya.

Selain masjid, pusat budaya itu juga akan menempatkan kolam renang dan teater serta dianggarkan memerlukan kos pembinaan AS$100 juta (RM320 juta). – Agensi

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...